03 November 2008

Kasihmu Mutiara Hatiku....

Bila bayu bertiup itu tandanya hatiku sedang berlagu riang menatap sinar matamu….
Tapi bila gerimis turun semalam itu tandanya daku sedang sedih pilu….
Bila pelangi mewarni alam itu tandanya daku sedang ceria berlagu riang…
Kasihmu mutiara bagiku…..

hadirmu sentiasa ku nantikan tiada yang lebih bahagia melainkan saat dikau disisi menemaniku….
Sayangku….andainya dikau pergi suatu hari nanti, ingatlah daku disini dan janganlah dikau buang memori hari ini dan juga semalam yang senantiasa daku usap dan belai sepanjang masa hayatku kerana dikaulah kekasihku…..
Sayangku…ketahuilah olehmu sesungguhnya dikaulah yang memberi cahaya hidupku, yang telah memberi sinar gemilang di halaman asmara yang kita bina dan semoga ia akan kukuh buat selamanya…
Daku sesungguhnya menyintaimu dan ketahuilah bahawa cintamu tetap subur mekar di dalam hatiku sayang…

Tiada ulasan: