03 Mac 2009

Kenangan Di Membakut Eco Lake Training Centre


Ini lah kenangan kami pada tahun lepas, best tau dari kiri aku, kak maria & maslan yang takda kat gambar ni kak ainah time nin dia tengah bergayut dengan hubby nya...






Ini pula gambar kami bertiga selepas senaman adalah jua turun 2 kilo hehehehe....

16 Januari 2009

Perginya seorang teman

Perginya seorang teman demi mengapai impian sebagai seorang " CIKGU ", tiada lagi gurau senda,gosip-gosip... :-) diantara kita hanya laman ini & telefon menyambung silatulrahim diantara kita. Hari ini kami ( Kak Ros, Kak Mas ( Gaji ) Dayang dan aku ( Mila ) sunyi kerana tiada dikau berada seperti hari Jumaat sebelumnya,kami seolah-olah patah kaki kerana tiada DREBAR untuk makan kat luar...hehehe...Apa-apapun kami senantiasa mendoakan agar " Cikgu Ita " senantiasa sihat walafiat,ceria,gembira,berjaya dalam bidang yang diceburi dan bahagia disamping orang yang tersayang. Jangan lupakan kami di sini walaupun uda bergelar " CIKGU " ya...tiada lagi orang yang setangkas Ita untuk keluarkan LPO yang tidak mengerti samada masa rehat @pun nak pulang kerja.

12 Januari 2009

Hari Yang Istimewa....

Tanggal 27.12.2008 jam 2.00 petang merupakan kenangan yang manis dalam hidupku kerana My Mr. Right telah mengikat saya sebagai TUNANG nya. Maka bermulalah hidupku sebagai TUNANGAN pada orang yang telah bertakhta dihatiku.Terima Kasih buat kak ros & abg lan serta mertua kak ros yang sudi ikut ke kampung dengan rombongan pihak lelaki. Inilah kenangan yang terindah untuk Tahun 2008, kami bertunang di kediaman ku di kampung Tabanak Lahad Datu, Sabah. Terima kasih buat " Tunang" tersayang kerana menerima daku seadanya.....chewah jiwang lah pula... :-)
Moga-moga hubungan kita sampai ke jinjjang pelamin dan sampai ke akhir hayat.....Amin

14 Disember 2008

Pengertian nombor dalam perhubungan

1+1= 2 Mata untuk melihat dirimu...

5+1= 6 Hari daku mengingati akan dirimu...

23+1= 24 Jam daku memikirkan akan dirimu...

6+1=7 Hari dalam seminggu daku merindui akan dirimu...

11+1= 12 Bulan daku memerlukan dirimu setiap masa......

Begitulah besar pengertian angka dalam diriku...

26 November 2008

Cinta Sejati...

Cinta itu di hati...
Cinta adalah fitrah hati, lahir tanpa di paksa.......
Namun Tuhan sentiasa menguji apakah cinta itu suci ataupun sebaliknya...
Cintailah yang di hati, itu cinta yang hakiki dan murni...
Jangan cinta hanya nafsu, itu cinta palsu yang melulu..
Betapa bahagia cintakan Tuhan bagai bunga yang mekar mewangi ke hadapan.........
Takde waktu dan jarak yang memisah kembara rasa tak bernoktah..
Betapa derita korban percintaan bila nafsu menjadi taruhan,
Jiwa gelisah bila terpisah...asyik bertemu jemu bertemu...
Cintailah sesiapa sahaja asal wujud cinta Allah...
Hati tak resah jauh terhubung rindu...
Dekat terikat padu...
Begitulah kuat nya cinta sejati...

13 November 2008

Cerita Orang Yg Suka Cakap Besar

Menyampahnya bila dengar orang cerita ini dialah konon segala-galanyatapi bila tengok umpama " CAKAP TAK SERUPA BIKIN " la pula. Meluat betul bila terdengar orang yang berlagak macam tu tahu, kalau didengar dari cakapnya bukan main TEMBERANG yang tinggi macam GUNUNG ba. Nak tengok muka orang tu meluat, menyampah dan macam-macam lagi lah perasaan yang....eeeee.... myampah betul. Tapi kalau ditengok dan dibezakan dari apa yang dikatakannya tu memang JAUH API DARI PANGGANG tau boleh la dicop sebagai LIPAS KUDUNG..Kla karang kalau ada cerita lagi saya akan gtau anda sekilan :-D

03 November 2008

Ala-ala Rambo

Jeng..jeng..
Ada gaya mcm RAMBO ke???chewah....hehehe...
Time ni kitaorang p berkubang kat lumpur kat Pulau Tiga, Kuala Penyu best tau rugi kalau tak cuba-cuba p bercuti di sana