31 Oktober 2008

MADAH-adalah catatan kata-kata yang terkandung erti yang memberi ingatan dan pengajaran.

Dicintai
Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.

Kecewa
Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.

Cinta anugerah tuhan
Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Itu ini cinta
Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu. Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan. Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai diri mu tanpa pertimbangan

Diri dan cinta
Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

Ujian tuhan
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Luahkan
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan di benak mu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Rasa cinta
Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu

Cinta
Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta...

Kekuatan cinta
Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !

Cintai sepenuh hati
Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.

Berusaha
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Bila bercinta
Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tangan mu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya di hatinya

Warna-warna cinta

Percintaan diibaratkan berwarna-warni kerana pabila ia dilanda masalah cinta diibaratkan warna yang pudar, manakala warna-warna yang ceria seperti diibaratkan kegembiraan yang berbunga dihati.

Majlis Anugerah Cemerlang Di Kolej Matrikulasi Melaka




Hari yang bermakna dalam hidup ku sebagai penjawat awam he...he...

Jiwang ke aku ni he..he...

Sometimes you might feel that you’ll happier alone……….
But it’s always nice to have someone to laze around with……..
Someone to think about LOVE….
Someone to care about……….
Someone to share your joy……
And someone to kiss….MUAKS…
So take a chance…..
You’ll never know what you will get…….
Until you have really tired…..
So if there’s somebody you miss…..
Tell them that you do…….
Cause there’s something only love can do…….

29 Oktober 2008

Buat Insan Yang Bercinta..

Cinta amat mahal takfirnya, itulah yg difitrah oleh Allah SWT kepada hambanya. Cinta hanya tertulis pada perkataan tetapi gagal dilihat pada zahirnya...Kerana cinta itu tanggungjawab di mana wujudnya kesetiaan & kejujuran di dalamnya...Ingat pada yang satu, jujur pada yang setia, setia pada yang kasih, kasih pada yang rindu dan rindulah pada yang menyayangimu..Cinta takkan datang kalau tak di cari, cinta juga takkan dapat kalau tiada siapa yang memberi....akan tetapi mencari biarlah pada yang sudi dan bukan meminta pada yang simpati....chewah...

28 Oktober 2008

Percutian ku.....



Kenangan mandi lumpur di Pulau Tiga, Kuala Penyu...

Best tau mcm kerbau berkubang hehehe.....