16 Januari 2009

Perginya seorang teman

Perginya seorang teman demi mengapai impian sebagai seorang " CIKGU ", tiada lagi gurau senda,gosip-gosip... :-) diantara kita hanya laman ini & telefon menyambung silatulrahim diantara kita. Hari ini kami ( Kak Ros, Kak Mas ( Gaji ) Dayang dan aku ( Mila ) sunyi kerana tiada dikau berada seperti hari Jumaat sebelumnya,kami seolah-olah patah kaki kerana tiada DREBAR untuk makan kat luar...hehehe...Apa-apapun kami senantiasa mendoakan agar " Cikgu Ita " senantiasa sihat walafiat,ceria,gembira,berjaya dalam bidang yang diceburi dan bahagia disamping orang yang tersayang. Jangan lupakan kami di sini walaupun uda bergelar " CIKGU " ya...tiada lagi orang yang setangkas Ita untuk keluarkan LPO yang tidak mengerti samada masa rehat @pun nak pulang kerja.

12 Januari 2009

Hari Yang Istimewa....

Tanggal 27.12.2008 jam 2.00 petang merupakan kenangan yang manis dalam hidupku kerana My Mr. Right telah mengikat saya sebagai TUNANG nya. Maka bermulalah hidupku sebagai TUNANGAN pada orang yang telah bertakhta dihatiku.Terima Kasih buat kak ros & abg lan serta mertua kak ros yang sudi ikut ke kampung dengan rombongan pihak lelaki. Inilah kenangan yang terindah untuk Tahun 2008, kami bertunang di kediaman ku di kampung Tabanak Lahad Datu, Sabah. Terima kasih buat " Tunang" tersayang kerana menerima daku seadanya.....chewah jiwang lah pula... :-)
Moga-moga hubungan kita sampai ke jinjjang pelamin dan sampai ke akhir hayat.....Amin