
Ini lah kenangan kami pada tahun lepas, best tau dari kiri aku, kak maria & maslan yang takda kat gambar ni kak ainah time nin dia tengah bergayut dengan hubby nya...

Ini pula gambar kami bertiga selepas senaman adalah jua turun 2 kilo hehehehe....
Senyumlah selalu kerana senyuman mu itu bisa menghapuskan derita di hati dan kerana senyuman jua akan menyejukkan mata yang memandang...
Perginya seorang teman demi mengapai impian sebagai seorang " CIKGU ", tiada lagi gurau senda,gosip-gosip... :-) diantara kita hanya laman ini & telefon menyambung silatulrahim diantara kita. Hari ini kami ( Kak Ros, Kak Mas ( Gaji ) Dayang dan aku ( Mila ) sunyi kerana tiada dikau berada seperti hari Jumaat sebelumnya,kami seolah-olah patah kaki kerana tiada DREBAR untuk makan kat luar...hehehe...Apa-apapun kami senantiasa mendoakan agar " Cikgu Ita " senantiasa sihat walafiat,ceria,gembira,berjaya dalam bidang yang diceburi dan bahagia disamping orang yang tersayang. Jangan lupakan kami di sini walaupun uda bergelar " CIKGU " ya...tiada lagi orang yang setangkas Ita untuk keluarkan LPO yang tidak mengerti samada masa rehat @pun nak pulang kerja.
Tanggal 27.12.2008 jam 2.00 petang merupakan kenangan yang manis dalam hidupku kerana My Mr. Right telah mengikat saya sebagai TUNANG nya. Maka bermulalah hidupku sebagai TUNANGAN pada orang yang telah bertakhta dihatiku.Terima Kasih buat kak ros & abg lan serta mertua kak ros yang sudi ikut ke kampung dengan rombongan pihak lelaki.
Inilah kenangan yang terindah untuk Tahun 2008, kami bertunang di kediaman ku di kampung Tabanak Lahad Datu, Sabah. Terima kasih buat " Tunang" tersayang kerana menerima daku seadanya.....chewah jiwang lah pula... :-)
Jeng..jeng..